Tuesday, October 25, 2016

Kerana Sebiji Kereta, Hidup Tunggang Langgang.

Gambar sekadar hiasan.
Kerana sebuah kereta, hidup tunggang langgang..
Kalau sebelum ni, nak kata mewah tak adalah, tapi bolehlah nak lunch kari kepala ikan bersama member opis..

Hujung minggu buat activity kegemaran..
Setiap bulan bagi duit kat emak ayah, tak banyak, sikit pon tetap bagi.,
Punca, gaji 2500, tolak epf semua, tinggal 2200.
Tapi.,,
installment kereta 1000
Habis kena kawal, tak mampu dah nak hulur emak  ayah..
Cerita GEN Y  yang berkasut kulit buaya petang tadi.

Berapa banyak sesuai untuk bayar kereta bulanan?
Banyak versi yang korang dengar kan.,
Saya suka dalam 20 percent dari pendapatan bersih.
Kalau 2k, 400 jelah..

400 ..,? Kancil je ?
Tunggu gaji bersih 3000..
Dapatlah 600.
Aik, 600 mana cukup, member sekampung jual nasik kawah boleh pakai volkswagen.
Warna kuning merecik...
Belajar tinggi tinggi pakai Kancil, apa barang..

Cuba tengok drama tv melayu.,
Konvo je dapat kerja best, pakai bmw, jadi ceo terus, pakai blazer  tie even time visit kat site panas  lik lik..
Awek pon ramai, rambut panjang mengurai.

Inilah punca anak muda kita punah jahanam.
Terlalu terikut dengan dunia khayalan penulis novel yang diangkat ke tv.
Semuanya indah glamour.
Dapat payslip 3 bulan, cari credit card, then personal loan pulak,
Tak cukup lagi, cari along..
Last last tersadai kat AKPK, loan PTPTN masuk ccris..
Last last, cakap Najib jugak yang salah kih kih.

No comments:

Post a Comment