Thursday, October 27, 2016

BERAPA BANYAK KITA KENA MENYIMPAN SEBULAN?

Berapa banyakkah yang perlu kita simpan duit..?

Kalau kita nak bersara dalam keadaan yang selesa...
Sebenarnya, kita tak simpan banyak banyak tak pe
Kalau 10% dari pendapatan kasar kita ok dah tu..
Dengan syarat kita start awal...
Seawal 20an, lepas graduate, terus menyimpan..

Tapi, kalau 20an duit simpanan habis buat belanja kawen..
Camana tu..?
Ok, start balik ketika umur 30an...
Tapi afdalnya, simpanan kena naik lah..
Minimum pon dalam 20-25 percent dari gaji sebulan...
Kalau tak boleh sangat, 15% oklah...

30an pon tak boleh simpan lagi..
Maklumlah harga astro mahal, unify nak laju kena bayar beratus ratus, maintanance kereta tinggi..
Yelah, tayar sebiji dalam 800....

Tak pelah, start 40an...
Berapa banyak kena simpan...?
Minimum dalam 35%..
Kalau boleh, lebih lagi...

Kena tahu the power of compounding...
Simpan awal awal ketika usia muda,,,
Tiada istilah terlalu awal untuk nak menyimpan...

Kalau rasa bernanfaat, sila tolong share...
Panjangkan ilmu kewangan, biar kita semua dapat pencen dengan keadaan selesa.
Beringat diusia muda..
Shaari Anuar II

No comments:

Post a Comment