Thursday, October 27, 2016

Kisah Puan xxx yang terjebak Highway scheme dan kehilangan lebih 150k seisi keluarga..,


Kita sama sama sebarkan untuk memberi kesedaran orang ramai..
Jangan ada yang tertipu lagi.
Shaari Anuar II
-----------------------------------------

Saya :
Salam Puan, terjebak skim cepat kaya ke

Puan xxx :
Wsalam
Ye
Sbb nya haiway group x ckp skim cepat kaya
Mula dia ckp saham harta tanah
Ada ssm ada koparasi
Yg kenal kan pn saudara
Saudara pn sama2 cetik ilmu saham
Org kata bagus kita pn kata bagus
Sbb minat sgt nk msuk saham
Konon nk bantu org tua kt kpg yg susah tp akhir nya betambah susah menanggung hutang
Berapa amout puan hilang?

24k
X termasuk kluarga

Saya :
Allahuakhbar..banyaknya puan..

Puan xxx :
Tu la
Sedih sgt
Ujiaan allah
Kalau ikut total keluarga puan, berapa RM? Kesemuanya

Lebih dr 150k
Sbb yg paling skit pun 3500
Seluruh keluarga ikut

Saya :
Ya Allah, sedihnya Puan..

Puan xxx :
Memang sedih shaari
Yg paling sedih org kpg ada yg mak ayah lumpuh niat nk berubat tp akhirnya jadi mcm ni
Akak rasa bersalah sgt sbb akak yg ajak

Saya :
Ya Allah semoga Allah ganti dengan saluran lain Puan..
Saya cukup2 simpati
Puan xxx :
Tu la niat nk blajar saham ni tp langsung x reti
Niat nk bantu org yg sama2 kena tipu
Ni la zawawi bin yas ceo haiway groupSa

Terfikir Bunuh Diri Kerana Tekanan Dengan Skim Cepat Kaya.


Dah malam, saya  masih lagi di opis..
Hanya diopis belakang rumah je ni...

Saya terima tetamu kawan FB tadi , sepatutnya didalam gambar ni, dihadapan saya ialah beliau..
Tapi, saya tak boleh nak publish gambar beliau, dengan kisah ini yang agak tragis.
Asalnya, pemuda ini datang dari Melaka untuk berjumpa  saya bagi mendapat panduan  menjadi Juruperunding saham amanah separuh masa...
Tapi, apabila beliau start bercerita liku liku kehidupan beliau yang berumur 28 tahun ni, tercengang saya.
Beliau terperangkap dengan hutang gara gara skim cepat kaya..
Satu tahap beliau macam nak bunuh diri, tak tertanggung dengan bebanan diatas jalan salah yang beliau pilih sebelumnya.

Sekarang ni, beliau dalam rawatan Hypertension, diperingkat yang agak merbahaya...
1. Kisah bermula, apabila beliau membuat pinjaman untuk menyertai skim pyramid yang popular, swisscash. Jumlah keleluruhan yang dipinjam peringkat pertama sebanyak RM150,0000. Beliau mengaku masa tu terlalu muda dan tamak, ingin cepat kaya dan ingin cari jalan mudah.
2. Selepas beliau join, satu sen pon beliau tidak dapat pulangan, walopon sebelum ni, kawan kawan beliau masuk terdahulu, dapat imbuhan setiap bulan...
3. Bermulalah episod beliau terpaksa membayar hutang.
Hutang yang ditolak dalam 50% dari gaji bulanan , katanya sambil menghulurkan slip gaji beliau kepada saya.
4. Masa tu beliau dah ada seorang anak, memang terhimpit dengan perbelanjaan bulanan, isteri beliau sendiri pon tak bekerja.
5. Dalam keadaan yang stress, beliau ditawarkan untuk menyertai skim menternak ikan, yang juga menjurus skim pyramid. Berpegang dengan prinsip untuk terus mencuba, beliau cuba buat pinjaman dengan emak ayah beliau sendiri sebanyak 30k. Bulan pertama dan kedua beliau dapat pulangan, bulan ke 3, penganjur dah pon hilang...
6. Bertambah lagi tekanan beliau, isteri sendiri tak sanggup dengan dugaan, berkali kali ingin pulang ke kampung dan ingin berpisah. Malangnya, isteri beliau sendiri tidak ada tempat hendak dituju, memandangkan beliau (isteri) anak yatim.
Akhirnya isteri beliau membantu dengan bekerja dikedai makan...
7. Dan beliau merasakan cukup terbeban, duit emak ayah yang dipinjam merupakan duit hasil simpanan ibu beliau yang kerja mengambil upah membersih rumah orang, memasak dan ayah beliau sendiri bekerja sebagai buruh. Adik beradik seramai 6 orang, dan beliau merupakan anak sulung..
8. Masa ni penyakit hypertension beliau menyerang, tapi masa tu tidaklah begitu teruk, hanya menerima rawatan diklinik...
9. Memang gaji beliau sendiri tidak cukup, terpaksa meminta duit isteri yang bekerja dikedai makan, dah menjadi perkara biasa...
Memang malu, kadang kadang kena minta dengan emak, katanya..
Berbekalkan 10 ringgit, beliau bawa untuk pergi bekerja.
Hampir setiap hari, ditempat bekerja, beliau berpuasa untuk mengelak kawan ajak makan kat luar...
10. Selang setahun, beliau melihat skim emas di facebook yang menawarkan pulangan yang lumayan.

Dan melihat pengasasnya yang berimej islamik, pendekatan yang kononnya untuk menolong anak bangsa yang diberi nama Khazanah XXXXX, beliau cukup yakin pilihan kali ini adalah tepat.
Jangan salah faham ye, beliau bukan nak kaya lagi dah, tapi berharap untuk ingin cover balik semua hutang hutang terdahulu...
Since beliau ni pegawai kerajaan, untuk mendapat pinjaman, agak mudah...
Kali ni, beliau mencuba lagi untuk membuat pinjaman.
Akhirnya beliau berjaya buat pinjaman dengan pinjaman berlesen, macam ceti atau along?
11. Kali ke 3 nasib juga malang, skim emas ETA ni entah mana silapnya, lansung beliau tak dapat apa apa
Akibatnya, beliau  terpaksa menambah lagi membayar pinjaman setiap bulan.
Dan paling dahsyat, setelah tolak pinjaman, baki gaji kali ni adalah negative.
Interest dikenakan cukup tinggi..
Balik kerja terpaksa beliau bekerja part time di kedai makanan segera.
12. Kehidupan beliau dah tak teratur, penyakit semakin teruk, kadang kadang berhari hari beliau tak boleh tidur, sakit kepala yang berpanjangan, selalu malam malam merasa sakit teramat sangat hingga kepala terpaksa direndam. Dah berkali kali perasaan ingin membunuh diri datang, beliau merasakan hidup beliau cukup malang.
Dan terlalu menyusahkan orang lain, dah ada anak 2, masih menumpang dirumah ibu bapa, dengan 6 adik beradik...
Beliau merasakan juga tidak adil kepada isteri beliau sendiri, kelangkapan anak, isteri  yang yang bekerja dikedai makan yang sediakan..
Saya meminta izin untuk share cerita beliau ini dengan harapan menjadi teladan kepada orang lain yang cukup beria untuk menyertai skim mudah yang mengarut...
Dan beliau mengaku, belaiu tidak cerdik masa dulu, walaupaun result spm beliau cukup bagus (siap bawa documents dan sijil sijil).
Habis belajar, beliau terus bekerja untuk cuba membantu adik adik lain, tapi akhirnya beliau terperangkap sebegini...
Dan beliau dah cukup tertekan, sampai ingin membunuh diri, dan tolong jangan kecam beliau disini...
Komen komen menghina saya akan BLOCK.
Jangan tambah stress kepada beliau lagi...
Ingat,,,,,,,,,,,
Semua orang ada membuat kesilapan..
Tolong share, untuk mengelak berlaku lagi  kes skim cepat kaya ni.
Jangan ada lagi rakan rakan kita yang jadi mangsa...
Dari FB Shaari Anuar 

Kisah terlebih sayang anak bongsu,,,,



Sepanjang berada dikampung, terjumpa kisah sedih si tanggang versi wanita...
Wanita  ni merupakan anak bongsu, anak kesayangan ayah dan emak dia...
Rumah yang didiami, mereka tak nak faraidkan jadi harta pusaka jika mereka meninggal..
Nak ambik jalan mudah, mereka pergi tukar nama atas nama anak bongsu tersebut ketika mereka masih hidup lagi....

Menurut info, bukan setakat rumah, tanah juga banyak dihadiahkan kepada anak bongsu ni...
Bila pindah milik semua berlaku, tanduk sibongsu dah keluar...
Dia tak puas lagi, dan  mendesak untuk nakkan  barang kemas lagi.....
Bila orang tua tak nak bagi, dia start  naik marah....

Satu hari,  ibu bapa ni balik dari kebun, mereka nampak selonggok kain baju didepan pintu,,,
Siap ada almari  dikeluarkan...
Rupanya, orang tua tu dah kena halau dari rumah sendiri,,,,
Oleh si anak kesayangan sendiri...

Nak tak nak, terpaksa mereka pergi ke rumah anak sulong berhampiran...
Memang sedihlah, bila rumah sendiri dirampas..
Bayangkan orang tua, rumah yang mereka bina dari titik peluh diusia muda...
Kalau boleh, mereka nak meninggal dirumah sendiri,..

Tapi  ibu bapa ni baru tersedar, mereka sendiri juga salah...
Kerana terlalu pilih kasih antara antara anak anak...
Kerana sayangkan anak bongsu, ditatang berlebihan...
Ingatkan, anak bongsu tu lah yang boleh diharap...
Bila tak dapat apa yang dihajat, sanggup membuang ibu bapa...

Dan lagi satu, jangan cepat sangat hibahkan harta kita pada pewaris...
Kita tak tahu, apa akan berlaku pada kita, jika umur kita panjang...
Silap silap terpaksa keluar dari rumah sendiri...

Shaari Anuar II
Invest di Public Mutual, boleh buat wasiat secara percuma (untuk Mutual Gold member.)

BERAPA BANYAK KITA KENA MENYIMPAN SEBULAN?

Berapa banyakkah yang perlu kita simpan duit..?

Kalau kita nak bersara dalam keadaan yang selesa...
Sebenarnya, kita tak simpan banyak banyak tak pe
Kalau 10% dari pendapatan kasar kita ok dah tu..
Dengan syarat kita start awal...
Seawal 20an, lepas graduate, terus menyimpan..

Tapi, kalau 20an duit simpanan habis buat belanja kawen..
Camana tu..?
Ok, start balik ketika umur 30an...
Tapi afdalnya, simpanan kena naik lah..
Minimum pon dalam 20-25 percent dari gaji sebulan...
Kalau tak boleh sangat, 15% oklah...

30an pon tak boleh simpan lagi..
Maklumlah harga astro mahal, unify nak laju kena bayar beratus ratus, maintanance kereta tinggi..
Yelah, tayar sebiji dalam 800....

Tak pelah, start 40an...
Berapa banyak kena simpan...?
Minimum dalam 35%..
Kalau boleh, lebih lagi...

Kena tahu the power of compounding...
Simpan awal awal ketika usia muda,,,
Tiada istilah terlalu awal untuk nak menyimpan...

Kalau rasa bernanfaat, sila tolong share...
Panjangkan ilmu kewangan, biar kita semua dapat pencen dengan keadaan selesa.
Beringat diusia muda..
Shaari Anuar II

TUNTUTAN KHAIRAT KEMATIAN RM2500 KWSP YANG RAMAI PEWARIS TAK TAHU



Saya baru selesai berusan di KWSP...
Membantu pewaris mendapatkan bantuan kematian sebanyak RM2500.
Kesnya pelabur amanah saham saya ni meninggal, dan pewaris   tak tahu mereka boleh dapatkan bantuan sebanyak RM2500 daripada pihak KWSP.
Sebenarnya, dulu saya dah inform kepada pewaris, tapi mereka tidak yakin samada mereka layak atau tidak untuk mendapat bantuan  ini...
Alasan, aruah dah lama tak mencarum duit dalam EPF...
Kerana dah lebih 10 tahun, aruah bekerja sendiri...
Bila saya berjumpa dengan pegawai, mereka kata...
Pencarum tetap layak, selagi masih ada lagi baki lagi dalam account....
Lagipun, aruah meninggal sebelum berumur 55 tahun,,,
Dan memang tertulis rezeki, ketika saya bawa pewaris untuk buat tuntutan, masuk bulan ke 5 dari tarikh kematian.
Jika dah lebih 6 bulan, pihak pewaris tidak lagi boleh membuat tuntutan lagi dah....

Jika kita ada  account dengan KWSP, tak kisah berapa pun amount yang kita ada...
Dan meninggal dunia sebelum 55 tahun, pewaris akan dapat bantuan sebanyak RM2500..
Dan pastikan tuntutan dibuat sebelum 6 bulan dari tarikh kematian.
Bawa sijil kematian, dan boleh dapatkan borang 9KM di website atau dicawangan berdekatan.
Cerita pegawai yang kami berurusan tadi,
Kes yang tak dituntut banyak sangat, pasal ramai ahli keluarga yang tak tahu,,,,
Dan lagi satu,   yang layak untuk dapatkan bantuan ini, tapi tuntutan dibuat  selepas 6 bulan, pun ramai..,,
Tapi memang dah  tak boleh lagi dah, ingat kena buat sebelum 6 bulan dari tarikh kematian...
Sambung beliau sambil meminta saya hebahkan kepada orang ramai...
Sila share ye, sekurang kurangnya dapat meringankan beban  pewaris yang layak disaat saat  mereka kehilangan tempat mereka bergantung..
FB Shaari Anuar

Lubang untuk nak cari duit tunai...


Tinggal satu kuarter lagi, dah nak masuk 2017.

Untuk para pekerja atau suri rumah  nak cari duit tunai tambahan  bagi menampung  bill yang tinggi, toll, nak buat saving, boleh refer peluang yang saya listkan ni....
Ada yang kena komited hari hari, ada yang buat ikut suka hati je...

Dan ada yang buat betul betul dan boleh bagi passive income untuk jangkamasa yang lama..
1. Buat part time sales career macam  saham amanah, macam saya mula mula buat part time 13 tahun dulu. Passive income boleh dapat berpuluh tahun.
Selain tu, boleh juga buat sales insurans takaful, jual property, emas, tapi jangan terlibat  dengan skim cepat kaya..

2. Jadi Coach, ada yang buat lepas office hour, jadi coach renang untuk family, instructor gym, coach bola sepak, senamrobik.
Weekend sabtu ahad memang mempunyai permintaan yang tinggi.

3. Mengajar, untuk class malam dan weekend. Boleh mengajar kat college universiti, tapi bagi meerka yang tak ada PHD, Master,  buat class memasak ke, mengajar ilmu pemasaran  facebook, bab teknikal photography contohnya, latihan dan pelbagai lagi.

4. Jadi Tour Guide,secara freelance,  banyak kursus jangka pendek untuk tour guide. Mula mula buat untuk pasaran tempatan dulu, dan pandai, boleh mengembara secara percuma di serata dunia.

5. Jual barang elektronik yang dah tak pakai. Tak ada istilah sentimental value, especially yang selalu ikut perkembangan teknologi dan semua gadgets terkini. Jual yang tak nak pakai.

6. Check balik cukai yang telah dibayar. Mana mana yang boleh dikurangkan lagi,yang boleh dapat rebet dengan simpan PRS ke,  atau rasa teelebih bayar ke, jumpa dengan mereka yang pakar bahagian percukaian..

7. Jadi Tutor - Yang terer maths, bahasa arab, terer alat music piano, guitar contohnya, boleh buat  home tutor untuk pelajar.

8. Yang cantik dan handsome bolehlah jadi Model jubah, tudung, permintaan semakin tinggi sekarang.

9. Jual pakaian terpakai. Isteri saya cakap, dan mengejutkan saya, banyak tudung tudung yang dijual 3-4 ganda dari harga asal. Puncanya adalah limited edition. Cuba check dalam almari pakaian yang tak nak pakai, maybe banyak diminta oleh orang lain.

10 Join promosi team, biasanya boleh lihat iklan kat newspaper, ada yang suruh promosi dengan memberi sample makanan di tempat terbuka, ada ketika special event, dan selalu mereka memerlukan pekerja promosi sebegini.

11. Jadi baby sitter, untuk suri rumah yang baru ambil vss ke, atau anak dah besar, bolehlah start jjaga  anak anak jiran dulu..

12. Jual perabut terpakai yang mana dah tak nak pakai. Kat ulu klang ni, banyak kedai 2nd hand furniture shop, maybe boleh jual kepada mereka, atau boleh jual secara online.

13 Jula barangan barangan yang dikumpul, contohnya fridge magnet, duit lama, duit syiling pelbagai negara dan macam macam souviniers yang dikumpul boleh dijual.

14. Redeem Reward point dan boleh jual barangan tersebut kepada rakan, biasanyaa reward point credit card, bonus links dan lain lain.

15. Jual buku buku yang tak nak pakai..Buku dari US contohnya, dengan currency makin tinggi, harga buku baru semakin mahal.

16. Jadi penulis majalah online atau offline  atau photographer untuk majlis kahwin hujung minggu pon boleh.

17, Jual kreativiti masing masing, dengan membuat kek kat rumah, cup cake  ke dan jual kat Fb ataupon promosi kat ofis pon boleh untuk mereka nak sambut birthday...

18. Untuk mereka yang bujang, boleh share bilik atau rumah dengan orang lain.

19. Join MLM pon ok. tapi jangan join yang jenis kena beli barang sampai kena buat loan..

20. Join Bloggers pon dapat duit sebenarnya. Juga jika kita pandai buat youtube, juga boleh buat duit, ramai penyanyi, pelawak dari youtube muncul sekarang.

21. Jadi driver pon ok apa. Join Uber.

22. Kalau terer menulis, boleh jadi penulis novel, dan kemudian boleh hantar ke penerbit drama. Buatlah tajuk ala ala catchy sikit, suami ku penjual apam balik merecik ke...

23. Kalau pandai bahasa asing boleh buat jadi penterjemah buku, juga untuk  penterjemah untuk rancangan animasi,

24. Kalau rajin, bolehlah buat kerja 3D, every weekend bolehlah jadi cleaner ke, pemotong rumput ke...

25. Berniaga time special event, tak payah modal tinggi, jual air mineral ditempat jom heboh, special event sambutan hari kemerdekaan, sambutan tahun baru, dan macam macam event termasuk event politik bersih, himpunan merah ke...Mereka yang pergi tu, bersemangat dan perlukan tenaga dan air untuk  menjerit...

Kalau rasa nak tambah, boleh tambah..
Boleh share, ramai ramai, agar dapat bagi idea kepada orang lain..
Nak promote business part time pon ok, bahagian  komen, janji legal.
Ramai orang kita tak berap nak rajin, tak berfikiran jauh, dan mengharap kerja yang bagus je sampai nama diblacklist ccris kerana tak bayar PTPTN..

Shaari Anuar II

Kalau kita meninggal apa akan jadi dengan hutang kredit card?

Kalau kita meninggal apa akan jadi dengan hutang kredit card?
Tanya client saya siang tadi....

Memang ramai  dari kita ada  hutang kredit kad  yang perlu dilunaskan...
JIka meninggal, sebelum pembahagian harta untuk faraid, kena pastikan hutang telah dibayar.
Hutang tetap hutang, memang perlu dibayar..
Jika tidak roh kita tak aman..

Dan untuk nak selamat, tak nak pewaris terbeban..
Cari  kredit card yang ada perlindungan Takaful..
Macam Bank Islam contohnya. Bank lain pon ada, biasanya ada charge dalam jumlah minimum.

Shaari Anuar II

Realiti business yang tak diajar di Universiti



Kalau kita nak success dalam apa jua business kita buat, theori yang kita belajar tak sama dengan realiti. Kita banyak diajar tentang panduan, tapi bukan hakikat roh dalam perniagaan.

1. Kebanyakan dari kita berjaya dengan  business apabila berada dalam keadaan terdesak, hutang yang banyak, hilang pekerjaan, atau berada dalam situasi yang sukar. Bukan kerana score subject pemasaran.

2. Tidur malam tidak selalu indah, ada yang tak sabar nak tunggu hari siang untuk mencari pendapatan, kerana sesetengah memikirkan hari esok apa keluarga hendak makan,  dan ada yang gelisah tidur malam kerana memikirkan tidak bekemampuan untuk membeli susu anak.

3. Mencari rakan sepasukan  yang serasi untuk mengembangkan perniagaan, sukarnya seperti mencari pasangan hidup.  Ianya memerlukan dedikasi, juga kena berkorban dengan masa yang  banyak untuk dilaburkan.

4. Leader kumpulan kerjanya bukan bagi arahan seperti boss dipejabat, siap ada "Yes Tuan",  tapi mereka lebih memberi kepercayaan  kepada team members untuk melaksanakan sesuatu tugasan (empowerment).
Ingat, rakan pasukan kita bukan bekerja untuk leader, tapi mereka bekerja dengan leader.

5. Kejujuran cukup penting, jangan memperbodohkan pasukan kita dengan cerita cerita yang indah saja. Cara penyampaian kita tu cukup penting.

6. Kena berfikiran terbuka, dengan  cara baru, zaman baru, teknologi baru, dan keupayaan untuk bertahan apabila berada dlam keadaan tegang.
Tak boleh nak bangga dengan kejayaan kita dengan cara lebih 10 tahun dulu untuk dicontohi sahaja. Zaman berubah, cabaran juga berubah.

7. Create leader lain, kena selalu inspire  orang sekeliling tanpa henti. Tidak ada istilah jemu.

8. walaupun ada yang mulakan business dengan kesusahan sampai mengalir berkilo  air mata, tapi bila ianya sudah berkembang, segala keputusan yang dibuat tidak boleh hanya memberi kepetingan diri kita semata, tapi untuk satu pasukan .

9. Kejayaan ni, bukan berlaku satu malam, kerja keras menggunakan physical semata mata tidak menjamin kejayaan. Ianya perlu selari dengan kematangan emosi, dan daya kreativiti dan intelektual.

10. Have fun, memang bila terjebak dengan  business agak menakutkan, tapi tak boleh serius sangat.

Boleh share, untuk menyedarkan rakan rakan yang masih dibuai mimpi indah.

Shaari Anuar II

Wednesday, October 26, 2016


Kereta simbol kejayaan..?



Leaders MLM, unit trust,  Insurans, Hartanah, penapis air, dan sewaktu dengannya..
Boleh tak kita ubah mentaliti kita, darjah kekayaan dan radar kejayaan seseorang itu bukan diukur dengan jenama kereta yang dipakai..

Tekankan untuk ditonjolkan kebebasan kewangan, aset vs liabiliti, dan kebebasan dari segi gaya hidup..,
Kalau tak, ianya akan berterusan kena beli kereta mahal, kopi mahal untuk nak impress orang yang kita tak suka, kita suka dan kita tak kenal..

Kita tak tahu betapa sengsaranya seseorang itu bila jualan merudum, pendapatan merosot dan produktiviti drop...
Bayaran ansurans kereta punya pasal, sekat budget susu anak, dari Pediasure, s26 ke Dumex, dan sanggup tak bagi duit kat emak bapak.

Fesyen lama tu, berposing dengan kereta..
"Inilah hasil saya bla bla bla...
Beli hutang je pon, bukan  cash , yang tu tak disebut ...

Nilai kereta depreciate setiap tahun..
Kalau ketua ajar ilmu salah, sampai kita meninggal dah berada didalam kubur pon, ajaran sesat nak
Impress orang ni digunakan orang..
Cer fikir jap...
Sanggup  ke dipersoalkan kat kubur nanti?
Ke rasa confirm ahli syurga, dah berjaya lahirkan leaders?

Kalu setuju, sila share..
Kita ubah mentaliti bersama.
Kalau tak ubah sskarang, nak ubah bila lagi,?

FB Shaari Anuar 

Tuesday, October 25, 2016

Tips untuk mereka nak cari duit tambahan

Sekarang ni ada promosi macam macam TV channel..
Boleh menonton berpuluh saluran..
Kalau sayalah, jangan teruja sangat..
Tv ni boleh melalaikan, bukan saja u all je..
Satu family sekali..

Silap silap nanti bini korang mengadap tv tunggu episode seterusnya, cerita suami ku merecik..
Masak kemana, last last pi cari makan kat luar..
Suami korang dalam diam duk berangan nak dapat heroin tempatan..
Dia menikah lagi, korang jugak meroyan..
Haha. Jangan marah.

Tv ni tak berapa nak ada faedah pon..
Kalau rasa simpanan untuk anak anak tak berapa banyak lagi..
Carilah kerja kerja yang boleh memberi  pendapatan tambahan ...
Agak agak 15 tahun akan datang, PTPTN  masih ada lagi ke?
Kalau diri kita terkial kial nak bayar, takan nak suruh anak anak kita masuk lubang yang sama..
Lainlah korang ni ada harta 7 keturunan makan tak habis..

Kalau dah tak tahu nak buat kerja apa..
Lagi elok baca buku, kaya ni tak semestinya daalm bentuk harta benda..
Kaya ilmu pon kaya juga..
Shaari Anuar 

Kisah bakal pengantin dengan Pelamin 6 Ribu.



Saya tanya kawan saya bukan muslim, berbangsa Cina, kenapa beliau tak kawen..
Tapi tinggal  serumah..
Katanya, very soon, tapi budget je tak cukup..
Mereka kawen, memerlukan  kos yang tinggi..
Untuk ambik picture saja, kos beribu ribu..
Tak macam melayu, more cheaper, katanya lagi..
Itu lebih 10 tahun dulu..

Tadi saya tanya pasangan islam tengah membuat persiapan kahwen.
Berdebar  saya dengar..
Campur dengan katering, sewa dewan, dalam 50k
"Biasa je tu bang, jawab yang pompuan.."

Kos pelamin saja 6ribu..
Wow.. untuk belanja sehari hangus...
Saya cakaplah, 6k kalau u all pejam mata,  simpan kat mana mana yang boleh bagi pulangan 8 percent setahun, 10 tahun dapat dalam 13k...
Boleh dah beli sebijik motor nak buat ulang alik kat kl ni nak elak bayar tol dan petrol mahal..,

Dia orang gelak je, dan yang lelaki tambah..
"Kos banyak lagi bang, kos bergambar saja, bertunang, pre wedding, hari wedding dan post wedding.
Kos dalam 3k kesemuanya..
Yang kecik kecik tak payah kiralah.. "

"Baru je order kek tadi
Kek dalam 500 ringgit.." jawab mereka..

Kalaau ikut hati, nak tanya je, kek apalah yang mahal sangat tu..
Takan macam kek direstaurant eksklusive di campur  liquor..
Teringat  kek saya yang berharga 50 hinggit je, travel dari Kuala Terenagganu ke K Baru rumah isteri pertama (so far), lapisan kek icing dah cair..
Tulisan kat kek lansung tak nampak rupa dah bila sampai sana..

Last soalan saya..
Dia orang kumpul berapa tahun untuk nak kumpul duit tu.
Yang  pompuan jawab, sebahagian duit epf ayah dia..
Yang lelaki jawab, buat pinjaman bank dengan 5-6 percent interest..
Oklah saya diam je ..
Kan saya gatal mulut tanya cagaran, nanti dia ingat ssya fikir kena cagarkan bakal bini  dia tu, tak pasal pasal kena penampar..

Dalam hati saya, susahnya nak kawen sekarang..
Patutlah kawan kawan saya kawen kedua ketiga pi Sempadan, jimat kos.,
Dan nasib baik saya dah kawen dan nasib baik juga dah tak laku  lagi, tak ada yang ajak  kawen kawen :-)
FB Shaari Anuar

Tips simple untuk nak bekerja sendiri.

U all yang nak kerja sendiri..
Nak berniaga sendiri..
Tapi kalau rasa malas nak kerja minimum 7-8 jam sehari..
Baik u all kerja dengan orang..
Jika tidak, korang salahkan dinding, pintu, kucing dan jembalang jika tidak berjaya.

Nak berjaya ni kena berkorban jiwa dan raga..
Memang menderita untuk survive tanpa gaji bulanan..
Pada permulaan, tapi hasilnya cukup manis..
Hanya orang yang mengalami yang mampu merasakan..

Kalau makan gaji lain lah, korang mengular, curi tulang, curi kertas A4, curi dakwat printer untuk print kerja sekolah anak, tetap dapat gaji penuh hujang bulan..
Tapi berkat tak berkat tu, sapalah kita nak judge kan.
Semdiri kena fikir lah kan..

FB Shaari Anuar 

Kisah Penjual Nasi Kukus berpendapatan 15K sebulan

Kalau korang dah habis Degree, tapi tak dapat gaji yang mengcukupi untuk bantu emak ayah.,
Ataupon..,
Takde duit cukup untuk beli kereta..
Yelah, korang dengar orang cakap, jangan beli kereta dulu, beli hartanah.,
Betul dah cadangan tu..

Tapi korang pon kena pentingkan keselamatan nyawa korang dijalan raya..
Takan nak merempit panas hujan mendung gerhana dari remaja sampai nak masuk tua...
Beli kereta buruk, kena allocate budget maintanance..

Dan lagi worst, nama blacklisted pasal PTPTN.,
Penat kan? Belajar bertahun tahun, level bertingkat tingkat..
Tapi tersepit dan terkepit dangan masalah kewangan..

Korang ikut mamat 26 tahun saya jumpa tadi ni..
Dulu dia kerja, ada majikan..
Then, dia belajar buat nasik kukus..
Dah 7 bulan bermiaga depan 7 -11

Business dia tak pernah diviral dan tak ada promosi percuma sampai di dikunjungi MB Selangor pon..
Oklah, part menarik, average jualan sehari purata 800 - 900 ringgit.
Ayam besar, seekor dipotong empat..
Sebungkus dijual 6 ringgit..
Sehari, untung bersih masih dapat dalam 500..

Kelengkapan  selain alat memasak menjual, meja lipat dan khemah..
500 x 30 hari, boleh dah 15k..(dia niaga 7 hari seminggu)
Boleh bayar PTPTN cash, boleh beli Toyota Model baru keluar..
Boleh bagi emak ayah, suruh dia orang  pencen, duk rumah je lah..

Yang masih mencari cari arah tu, bolehlah start..
U all  letak nama Nasik Kukus Anak Teruna..
Untuk yang masih teruna lah..
Mana tahu, dapat viral macam nasi lemak anak dara..
Kalau tak de teruna dah?
Hukkk akloh, pandai pandai cover buat gaya gaya muda.
Mana orang tahu masih teruna atau tidak.. 😎😎

Korang tolonglah share, bagi inspirasi pada anak anak teruna lain...
Nak kawen tapi duit tak cukup, then pompuan jugak disalahkan letak hantaran mahal..kan.
Kalau boleh nak anak orang free, kan?
Facebook Shaari Anuar

Kerana Sebiji Kereta, Hidup Tunggang Langgang.

Gambar sekadar hiasan.
Kerana sebuah kereta, hidup tunggang langgang..
Kalau sebelum ni, nak kata mewah tak adalah, tapi bolehlah nak lunch kari kepala ikan bersama member opis..

Hujung minggu buat activity kegemaran..
Setiap bulan bagi duit kat emak ayah, tak banyak, sikit pon tetap bagi.,
Punca, gaji 2500, tolak epf semua, tinggal 2200.
Tapi.,,
installment kereta 1000
Habis kena kawal, tak mampu dah nak hulur emak  ayah..
Cerita GEN Y  yang berkasut kulit buaya petang tadi.

Berapa banyak sesuai untuk bayar kereta bulanan?
Banyak versi yang korang dengar kan.,
Saya suka dalam 20 percent dari pendapatan bersih.
Kalau 2k, 400 jelah..

400 ..,? Kancil je ?
Tunggu gaji bersih 3000..
Dapatlah 600.
Aik, 600 mana cukup, member sekampung jual nasik kawah boleh pakai volkswagen.
Warna kuning merecik...
Belajar tinggi tinggi pakai Kancil, apa barang..

Cuba tengok drama tv melayu.,
Konvo je dapat kerja best, pakai bmw, jadi ceo terus, pakai blazer  tie even time visit kat site panas  lik lik..
Awek pon ramai, rambut panjang mengurai.

Inilah punca anak muda kita punah jahanam.
Terlalu terikut dengan dunia khayalan penulis novel yang diangkat ke tv.
Semuanya indah glamour.
Dapat payslip 3 bulan, cari credit card, then personal loan pulak,
Tak cukup lagi, cari along..
Last last tersadai kat AKPK, loan PTPTN masuk ccris..
Last last, cakap Najib jugak yang salah kih kih.

Friday, July 1, 2016

Bebaskan hutang sebelum 40 tahun, tips beraya tanpa lekat hutang.


Raya ni, datang dan pergi setiap tahun, sebelum raya, rasa kaya, lepas raya jadi miskin
Punca, tersedar membazir dengan cara yang tak berfaedah.
Kita cuba untuk cuba tips ni, tak nak ada hutang lepas raya untuk mereka yang budget ketat.
1. Elakkan shopping dalam keadaan beremosi.
Kita kena sedar, wang bukanlah equal to kasih sayang. Kasih sayang sejati bukanlah bersandarkan keupayaan untuk bawa tunang menaiki Limousine, atau membawa anak isteri terbang dengan Helikopter.
Bila kita tengok ada "jualan Hari Raya" je, emosi terganggu, dan risau sangat tak berpeluang join.
Lebih lebih lagi bila nampak remaja muda mudi sibuk berpersta kat PWTC, sambil berebutkan duit yang ditabur dari atas. Nampak meriah.
Macam ayam berebutkan dedak.
Dan bila tengok orang lain beratur nak masuk butik, kita dah dapat, kita menyangkakan kita lah yang beruntung.
Kita pon ambil peluang untuk beli banyak banyak.
Nak masuk bukan main payah, takan tak nak beli kan?
Beli lah banyak terus..
Berlawan dengan bisikan syaitan, walopon syaitan diikat.
Apakata...
Terai dulu, selepas ambil semua barangan, tapi sebelum buat bayaran, check satu persatu dalam 15 minute, tanya diri dulu perlu ke tak, mampu ke tak?
Kalau rasa tak perlu, tak mampu sampai kena guna kredit card, letak balik.
Pi cari kat jalan Kenanga, bawak kawan kawan beli sacara borong, jauh beza, harganya,
2. Nak beraya dengan barangan mewah.
Tujuan untuk membuktikan kepada orang sekeliling, kita dah berjaya memiliki barangan berjenama, dari tudung sampai kekasut.
Bag tangan pon mestilah LV, Channel, dengan purse sekali Hermes.
Kalau mampu tak pe, tapi janganlah terpaksa membeli secara hutang.
Kalau lelaki pula, raya nilah ramai yang membeli kereta buatan German, kerana ingin impress member member yang pernah memandang rendah dulu.
Pastikan betul betul mampu, dan janganlah siksa diri dengan terpaksa berhutang selama 9 tahun.
Lagi teruk, yang terpaksa cari saudara mara untuk dijadikan guarantor.
3.Tergoda dengan rayuan bank.
Biasanya pihak bank ni akan telephone, ada yang tawarkan kadar faedah yang rendah, kelulusan 100 peratus, pelan bayaran yang fleksibel, tempoh kelulusan dalam masa 24 jam dan pelbagai hadiah sampingan.
Kalau mereka call, cakap je "Sesungguhnya saya berpuasa, saya sedikitpun tak tergoda dengan godaan saudara.."
Begitu juga company yang berlesen dan tak berlesen, mereka akan cari peminjam yang sanggup nak meminjam. Biasanya mereka mencari mereka yang bekerja GLC atau kerajaan.
Pernah rakan yang jual loan di Ae** memberitahu, nak raya ramai wanita buat pinjaman dengan dengan kadar faedah tinggi, sampai 18 percent..
Bila ditanya, nak buat beli apa tahu?
Handbag baru..
4. Buat budget.
Ukur baju dibadan orang lain, jangan amalkan sama sekali. Tengok kawan FB shopping sakan, published kat Fb dengan caption "Hasil Tangkapan Hari ini", jangan terpengaruh sama sekali.
Jiwa mereka tu sakit, dan kurang dapat perhatian sebelum ni.
Acah acah kaya je tu, kalau dah kaya, mereka beli diam diam je.
Jangan pulak kita terkena virus dan jangkitan yang sama..
Kita buat budget kita sendiri, listkan semua perbelanjaan yang kita perlu, dan kira berapa pendapatan yang boleh dibelanjakan termasuk pendapatan bonus dari majikan.
5. Bandingkan budget yang lepas.
Kita ni cepat sangat lupa, tengok raya tahun lepas apa yang berlaku,
Ada yang terpaksa korek tabung anak, ada yang terpaksa pakai dulu duit raya anak, dengan janji janji nak ganti..
Ada yang makan biscuit raya time lunch sampai naik loya kerana nak berjimat, ada yang bergaduh suami isteri kerana masalah kewangan.
Salahkan satu sama lain.
6. Jangan terlalu ghairah dengan butik yang 5 bintang.
Saya akui, yang mahal tu banyak yang berkualiti, tapi tak semua.
Ada yang menjadikan mahal disebabkan currency.
Dan baju baju anak, jangan lah ghairah sangat nak beli berjenama,
Sepasang kasut berjenama untuk budak umur 3-6 tahun, belum masuk sekolah dah cecah 150 -200 tinggit.
Kanak kanak ni cepat membesar, nak sedapkan hati, tak pe lah, tak padan bagi kat adik pulak.
Tapi ada jugak, saya jumpa lelong kasut anak
Kat fb selepas raya.
Kalau sayang anak, bagi lah education terbaik.
Yang penting, kena berfikir dulu, sebelum berhutang.
Tips ini untuk mereka yang belum kaya, kalau dah kaya, sila abaikan..
Minta tolong sebarkan, kalau share lebih 100, in sha Allah saya tulis lagi..
Untuk nak kaya sebelum 40 tahun.
Bebaskan diri dari hutang jahat yang menjerat.

Nak beli Tunai ke nak beli Hutang?


Saya baca komen komen posting saya case penapis tu, ada jugak yang tak tahu kelebihan dan keburukan beli secara hutang..
Yang lagi parah, bila ada kaum kaum ibu tersedar, mereka bayar mahal, dan complaint....
Ada salesman jawab, dah tak ada duit, buat lah cara tak de duit..
Mesti anda semua sakit hati...kan?
Sebenarnya, memanglah, mereka berniaga, bayar hutang mesti lah kena bayar banyak..
Sebenarnya, ramai ada duit tunai, tapi terasa sayang je nak guna...
Lebih baik beli tudung mahal kan....atau handbag....
Boleh tayang kat sedara mara...
Bila dengar salesman suruh beli hutang, terus sign...
Ok, kita kira kos, kita ambil contoh beli penapis air ABC...
Kalaulah beli tunai harga 3700 ....
Kalau kita beli hutang, sewa beli bayar 126 untuk 5 tahun ..
Contoh lah kan....
Perbezaan 126 x 60 bulan = 7560
3800 dengan 7560 beza ke beza? ulang beza ke beza?
Kalau tiba tiba pertengahan tak mampu bayar, macamana?
Dah nama sewa beli..
Mesti mereka ambik balik..
Bukan hak kita sendiri..,,
Camana pulak kalau pakai kredit kad yang ezy payment?
Yang tu, lain sikit, harga sama...
Tapi ada kontrak, kena ikut kontrak dengan bank tu...
Setahun ke dua tahun ke..
Kena bayar lebih tak?
Tak perlu, janji awok awok semua pandai bayar ontime setiap bulan...
Kalau bayar lambat, guana pulak?
Charge late payment (konvesional), dan interest tetap berjalan...
Interest jangan main main, boleh sampai 18 percent ,,
OOO, kalau begitu, nak bayar terus lah...
Pon tak boleh jugak, bank akan kenakan penalti...
Susah jugak kan....
Tak lah susah, jangan ajar terlalu ketagihan berhutang..
Biarlah orang nak mengata kita kampung, masih masak air guna cerek yang bunyi bergegar seluruh rumah pon...
Kalau nak modern sikit, belilah yang elektrik, biar je terus panas...
Ala, susahlah ..nak kena masak masak..
Emak kita boleh buat, siap besarkan anak 6-12 orang lagi..
Atuk kita guna kayu api lagi...sihat je kita semua, montel montel..
Yang penting....
Jiwa kita tenang, tanpa berhutang...

Kena kaya sebelum 40 tahun?

Kena kaya sebelum 40 tahun?
Tadi, clients yang bekerja diluar negara, minta nasihat kewangan bagi persediaan untuk mereka suami isteri yang nak masuk 40 tahun.
Kata orang, umur 40 tahun ni, bermula episod baru,, "life begin at 40...."
Masa ni ramai yang tambah bini 
Btw, masuk 40 tahun kita sepatutnya tenang dari bebanan hutang, life style sepatutnya semakin seronok, kewangan dah stabil,..
Untuk
Mereka yang berada dalam kelompok tu, tahniah ,,,
Jika belum, jangan risau, ada masa lagi untuk kita nak catchup..
1. Pendapatan dan Gaya Hidup.
Umur 40 tahun ni. kalau belum kaya lagi tak pe, janji masa ni, tak ada negative cash flow. Kata orang, kalau zaman remaja makan magee kerana terpaksa, tapi kali ini magee ni sebagai satu menu pilihan, bukan kerana nak berjimat, tapi memang menu kegemaran.
Untuk mereka yang saving tak cukup banyak lagi, cuba buat budget setiap awal bulan secara bertulis, mana duit duit ni pergi tinggalkan kita....dan tulis sekali, simpanan yang kita buat...
2. Check kredit facilitiies. Tengok hutang hutang rumah, hutang kereta, personal loan, hutang belajar. Untuk mereka yang 40 ni, tak ada hutang PTPTN macam budak budak sekarang sampai kena CCRIS.
Yang penting, segala loan tu kena cantik, selalu bayar ontime, takde lah bank nak call remind bayar credit card, sampai phobia kita nak angkat.
Kalau boleh, dah masuk 40 ni, cuba kurangkan hutang, dan fokus untuk bayar cepat cepat....
Ianya akan memberi kita lebih kredit facilitity, dengan Debt Service Ratio yang baik..
Bukan apa, bila kredit kita cantik, kalau kita terpaksa meminjam lagi contohnya untuk nak buka business, at least ada peluang yang cerah.
Yelah, umur sebegini, teringin jugak nak berbusiness kan...
3. Orang putih cakap, "keep up with the Joneses, nobody win"
Budaya yang berlumba kereta sapa paling besar, bag tangan sapa paling mahal, tudung sapa paling exclusive, semuanya nak berlumba dengan kawan kawan satu opis atau dengan jiran jiran..
Untuk orang bandar lah, untuk orang dulu, gelang sapa paling benyak sampai ke siku,,,Tapi sekurang kurangnya emas ni ada nilai untuk digadai dan dijual...
Kena buang sifat tu, untuk kepuasan or reward diri sendiri tu, lain..
Lumrah manusia, bila kita dah dapat apa yang kita nak, kita takan puas, nak yang lebih lagi, dan lagi...
Tak perlu nak amalkan sangatlah, kecuali untuk mereka yang perlukan material untuk tujuan business bagi motivate atau nak convince orang lain...
Tapi beli barang mahal mahal untuk nak impress orang yang kita tak suka , tak perlu lah tu....
4. Belajar untuk menilai sesuatu yang tak pasti.
Antara kerja gila yang selalu oramg buat ialah membuat routine yang sama, tapi mengharap result yang berbeza.Jika kita ni tak ada perancangan, kita akan membuat kerja yang sama, dan tak ada apa yang boleh bagi kita kelebihan. Umur 40 ni, kena improve banyak benda, tambahkan skill....
Trust me, tinggi mana pon career kita, besar mana pangkat kita, sekukuh mana pon co kita bekerja, jangan nak sombong terlebih, ianya takan last forever, banyak company yang besar besar buang pekerja dan VSS tahun ni dan sebelum ni,,
Kena ada back up plan lah, saving kena ada untuk survivor..
Biasa, mereka yang berumur 40an ni, gaji besar, kemungkinan nak kena tu buang tu agak tinggi..
5. Jangan expect nak bekerja sampai tua.
Yang penting, kena ada perancangan untuk bersara, simpan duit dari usia muda. Lagi awal kita menyimpan, lagi elok.
Kita biasa dengar orang cakap kan.."I love my job and plan to work forever.."
Masalahnya, apa akan berlaku jika badan kita dah tak mampu bekerja, sakit diusia 40 tahun...
Menyimpanlah, ianya tidak pernah ada istilah terlalu cepat atau dah terlambat untuk nak mulakan..
6. Ambik polisi perlindungan Takaful, cari coverage yang boleh mengurangkan beban kewangan seperti jika ada kebakaran rumah ke, income replacement ke, atau medical card yang boleh membantu kita ketika ada musibah.
7. Jaga rumahtangga, jodoh maut ditangan Tuhan, tapi kena berusaha untuk mengekalkan jodoh kita dengan pasangan. Bila berlaku kes penceraian, pernah kajian di US, mengatakan kita bakal kehilangan 60% dari saving kita..
Punca yang utama ialah, kes mahkamah yang mahal untuk perebutan anak, kes stress hingga hilang kerjaya, masalah untuk nak mencairkan aset dan pelbagai lagi..

Bila kecemasan, mana nak cekau duit?

Bila kecemasan, mana nak cekau duit?
Minggu ni saya ada jumpa 2 kes tak ada duit time emergency, satu kat workshop, time nak raya ni, kos baiki kereta 5 angka.
Member tu nak bawa family balik kampung, raya kan dah dekat.
Saya pon kena jugak, nanti saya tunjuk bill saya bahagian komen..
Iyelah, kereta masuk lebih 4 tahun, penuh sistem elektronik tak akan kena seribu dua...
Kes kedua, bekas student saya mengadu nak jual rumah, katanya rumah yang disewakannya ada masalah.
Mula mula masalah wiring, kemudian masalah paip dalam simen, last week, jiran bawah mengadu air dari toilet, tembus ke bawah....
Dua dua kes tak dok duit kecemasan, nak cover....
Kalau suruh penyewa keluar lagi teruk, sewa bulanan dia sendiri pon tak mampu nak bayar..
So, saya cadangkanlah, suruh guna duit kecemasan mereka yang ada...
Jawapan sama je dua dua ...tak tahu pon ada istilah Tabung Kecemasan, yang tahu terpaksa meminjam atau kredit.
Owner kereta tu, guna kad kredit, yang tauke rumah tu, pinjam dengan adik beradik...
Saya diam je lah, kan bagi tazkirah dana kecemasan kat workshop, orang tengah tension, nanti tak pasal pasal ada spanar hingap atas kepala saya..
Macamana nak start dan nak menguruskan dengan dana kecemasan ni?
1. Mulakan jumlah kecil dulu.
Yang penting belajar untuk membiasakan diri... Mula mula start seringgit dulu, seminggu dah ada 7 ringgit.
Masuk minggu kedua..., start 2 ringgit pulak sehari, dapat 14 ringgit seminggu...
Minggu ketiga , jadikan 3 ringgit sehari pulak ,
Minggu keempat, 4 ringgit pulak sehari....
Formulanya tambah lagi 1ringgit sehari untuk setiap minggu,,,
Hingga dah capai 10 ringgit sehari...
Jadikan RM10 tu maksima, kemudian hadkan hanya simpan RM10 saja sehari..,
Setahun berapa kita dapat?
Nilai yang kita dapat ialah RM 3325.
Yang penting Istiqamah......Mulakan kecil dulu, dan pasti ianya akan membuahkan hasil...
Nampak tak?
2. Pastikan Dana Kecemasan ni pasangan kita tahu.
Takut nanti jadi apa apa kita, tiba tiba pengsan ke , tak sedar diri ke, keluarga sendiri tak tahu nak cari...
Kalau orang zaman dulu, simpan bawah tilam je, senang nak trace...
Yang penting, kena ajar family member, basic kewangan sikit sikit, ajar dan brief mereka bila dan untuk apa nak gunakan dana kecemasan tu...
3.Simpanan dalam bentuk wang tunai
Bila kita cerita bab kecemasan ni, ianya mesti dalam tunai, aset, payah dan lambat nak cair...
Kalau saya, saya takan dedahkan duit tunai kecemasan ini dalam bentuk kadar fluctuation yang tinggi, atau high riisk.
Jangan simpan dalam bentuk saham dimana kadar value tunai berubah secara drastic dari masa ke semasa.
4. Jangan bergantung kepada hutang.
Tapi biasanya orang kita, bila sebut emergancy, terus terfikirkan kredit card....Kan..?
Bila kita berhutang, macam rakan kat atas tadi, kemungkinan besar kita akan berdepan dengan aliran tunai yang negative untuk jangkamasa yang lama...
Nasihat pribadi saya, simpan 10k - 20k jangan usik. Kalau dah pakai tu, cepat cepat top up balik.
4. KWSP acc 2.
Account satu tak boleh usik, kecuali untuk pelaburan unit amanah, contohnya.
Account 2 ni banyak boleh gunakan, tapi jangan sesekali ambil untuk yang tak berfaedah.
Gunakan account 2 ni, untuk perkara betul betul l diperlukan, contohnya untuk membuat rawatan kesihatan.
Penyakit stroke contohnya, menyebabkan kita berdepan dengan rawatan jangkamasa yang lama..
Begitu juga rawatan sakit jantung, memerlukan kos yang tinggi.
Kalau mampu masa sihat, ambil perlindungan Takaful.
Tapi ingat, kecemasan ni bukan hanya untuk kesihatan saja...
5. ROI
Berapa banyak nak simpan, untuk kecemasan?
Tiga bulan gaji kita pon dah ok..
Pulangan dari simpanan?
Untuk Dana Kecemasan ni, bagi saya, pulangan dia minimum atau kosong pon ok.
Tak terfikir untuk nak dapat ROI
Jika kita anggap dana kecemasan tu, macam stock kat market, kita salah.
Itu seolah olah kita memperjudikan nasib kita, berkemungkinan naik atau berkemungkinan turun time kita perlu.
Btw, Duit kecemasan ni, diibaratkan satu tilam yang empuk, yang bagi keselesaan dan membolehkan kita lena tidur malam.