Thursday, October 27, 2016

Lubang untuk nak cari duit tunai...


Tinggal satu kuarter lagi, dah nak masuk 2017.

Untuk para pekerja atau suri rumah  nak cari duit tunai tambahan  bagi menampung  bill yang tinggi, toll, nak buat saving, boleh refer peluang yang saya listkan ni....
Ada yang kena komited hari hari, ada yang buat ikut suka hati je...

Dan ada yang buat betul betul dan boleh bagi passive income untuk jangkamasa yang lama..
1. Buat part time sales career macam  saham amanah, macam saya mula mula buat part time 13 tahun dulu. Passive income boleh dapat berpuluh tahun.
Selain tu, boleh juga buat sales insurans takaful, jual property, emas, tapi jangan terlibat  dengan skim cepat kaya..

2. Jadi Coach, ada yang buat lepas office hour, jadi coach renang untuk family, instructor gym, coach bola sepak, senamrobik.
Weekend sabtu ahad memang mempunyai permintaan yang tinggi.

3. Mengajar, untuk class malam dan weekend. Boleh mengajar kat college universiti, tapi bagi meerka yang tak ada PHD, Master,  buat class memasak ke, mengajar ilmu pemasaran  facebook, bab teknikal photography contohnya, latihan dan pelbagai lagi.

4. Jadi Tour Guide,secara freelance,  banyak kursus jangka pendek untuk tour guide. Mula mula buat untuk pasaran tempatan dulu, dan pandai, boleh mengembara secara percuma di serata dunia.

5. Jual barang elektronik yang dah tak pakai. Tak ada istilah sentimental value, especially yang selalu ikut perkembangan teknologi dan semua gadgets terkini. Jual yang tak nak pakai.

6. Check balik cukai yang telah dibayar. Mana mana yang boleh dikurangkan lagi,yang boleh dapat rebet dengan simpan PRS ke,  atau rasa teelebih bayar ke, jumpa dengan mereka yang pakar bahagian percukaian..

7. Jadi Tutor - Yang terer maths, bahasa arab, terer alat music piano, guitar contohnya, boleh buat  home tutor untuk pelajar.

8. Yang cantik dan handsome bolehlah jadi Model jubah, tudung, permintaan semakin tinggi sekarang.

9. Jual pakaian terpakai. Isteri saya cakap, dan mengejutkan saya, banyak tudung tudung yang dijual 3-4 ganda dari harga asal. Puncanya adalah limited edition. Cuba check dalam almari pakaian yang tak nak pakai, maybe banyak diminta oleh orang lain.

10 Join promosi team, biasanya boleh lihat iklan kat newspaper, ada yang suruh promosi dengan memberi sample makanan di tempat terbuka, ada ketika special event, dan selalu mereka memerlukan pekerja promosi sebegini.

11. Jadi baby sitter, untuk suri rumah yang baru ambil vss ke, atau anak dah besar, bolehlah start jjaga  anak anak jiran dulu..

12. Jual perabut terpakai yang mana dah tak nak pakai. Kat ulu klang ni, banyak kedai 2nd hand furniture shop, maybe boleh jual kepada mereka, atau boleh jual secara online.

13 Jula barangan barangan yang dikumpul, contohnya fridge magnet, duit lama, duit syiling pelbagai negara dan macam macam souviniers yang dikumpul boleh dijual.

14. Redeem Reward point dan boleh jual barangan tersebut kepada rakan, biasanyaa reward point credit card, bonus links dan lain lain.

15. Jual buku buku yang tak nak pakai..Buku dari US contohnya, dengan currency makin tinggi, harga buku baru semakin mahal.

16. Jadi penulis majalah online atau offline  atau photographer untuk majlis kahwin hujung minggu pon boleh.

17, Jual kreativiti masing masing, dengan membuat kek kat rumah, cup cake  ke dan jual kat Fb ataupon promosi kat ofis pon boleh untuk mereka nak sambut birthday...

18. Untuk mereka yang bujang, boleh share bilik atau rumah dengan orang lain.

19. Join MLM pon ok. tapi jangan join yang jenis kena beli barang sampai kena buat loan..

20. Join Bloggers pon dapat duit sebenarnya. Juga jika kita pandai buat youtube, juga boleh buat duit, ramai penyanyi, pelawak dari youtube muncul sekarang.

21. Jadi driver pon ok apa. Join Uber.

22. Kalau terer menulis, boleh jadi penulis novel, dan kemudian boleh hantar ke penerbit drama. Buatlah tajuk ala ala catchy sikit, suami ku penjual apam balik merecik ke...

23. Kalau pandai bahasa asing boleh buat jadi penterjemah buku, juga untuk  penterjemah untuk rancangan animasi,

24. Kalau rajin, bolehlah buat kerja 3D, every weekend bolehlah jadi cleaner ke, pemotong rumput ke...

25. Berniaga time special event, tak payah modal tinggi, jual air mineral ditempat jom heboh, special event sambutan hari kemerdekaan, sambutan tahun baru, dan macam macam event termasuk event politik bersih, himpunan merah ke...Mereka yang pergi tu, bersemangat dan perlukan tenaga dan air untuk  menjerit...

Kalau rasa nak tambah, boleh tambah..
Boleh share, ramai ramai, agar dapat bagi idea kepada orang lain..
Nak promote business part time pon ok, bahagian  komen, janji legal.
Ramai orang kita tak berap nak rajin, tak berfikiran jauh, dan mengharap kerja yang bagus je sampai nama diblacklist ccris kerana tak bayar PTPTN..

Shaari Anuar II

No comments:

Post a Comment