Friday, July 1, 2016

Bebaskan hutang sebelum 40 tahun, tips beraya tanpa lekat hutang.


Raya ni, datang dan pergi setiap tahun, sebelum raya, rasa kaya, lepas raya jadi miskin
Punca, tersedar membazir dengan cara yang tak berfaedah.
Kita cuba untuk cuba tips ni, tak nak ada hutang lepas raya untuk mereka yang budget ketat.
1. Elakkan shopping dalam keadaan beremosi.
Kita kena sedar, wang bukanlah equal to kasih sayang. Kasih sayang sejati bukanlah bersandarkan keupayaan untuk bawa tunang menaiki Limousine, atau membawa anak isteri terbang dengan Helikopter.
Bila kita tengok ada "jualan Hari Raya" je, emosi terganggu, dan risau sangat tak berpeluang join.
Lebih lebih lagi bila nampak remaja muda mudi sibuk berpersta kat PWTC, sambil berebutkan duit yang ditabur dari atas. Nampak meriah.
Macam ayam berebutkan dedak.
Dan bila tengok orang lain beratur nak masuk butik, kita dah dapat, kita menyangkakan kita lah yang beruntung.
Kita pon ambil peluang untuk beli banyak banyak.
Nak masuk bukan main payah, takan tak nak beli kan?
Beli lah banyak terus..
Berlawan dengan bisikan syaitan, walopon syaitan diikat.
Apakata...
Terai dulu, selepas ambil semua barangan, tapi sebelum buat bayaran, check satu persatu dalam 15 minute, tanya diri dulu perlu ke tak, mampu ke tak?
Kalau rasa tak perlu, tak mampu sampai kena guna kredit card, letak balik.
Pi cari kat jalan Kenanga, bawak kawan kawan beli sacara borong, jauh beza, harganya,
2. Nak beraya dengan barangan mewah.
Tujuan untuk membuktikan kepada orang sekeliling, kita dah berjaya memiliki barangan berjenama, dari tudung sampai kekasut.
Bag tangan pon mestilah LV, Channel, dengan purse sekali Hermes.
Kalau mampu tak pe, tapi janganlah terpaksa membeli secara hutang.
Kalau lelaki pula, raya nilah ramai yang membeli kereta buatan German, kerana ingin impress member member yang pernah memandang rendah dulu.
Pastikan betul betul mampu, dan janganlah siksa diri dengan terpaksa berhutang selama 9 tahun.
Lagi teruk, yang terpaksa cari saudara mara untuk dijadikan guarantor.
3.Tergoda dengan rayuan bank.
Biasanya pihak bank ni akan telephone, ada yang tawarkan kadar faedah yang rendah, kelulusan 100 peratus, pelan bayaran yang fleksibel, tempoh kelulusan dalam masa 24 jam dan pelbagai hadiah sampingan.
Kalau mereka call, cakap je "Sesungguhnya saya berpuasa, saya sedikitpun tak tergoda dengan godaan saudara.."
Begitu juga company yang berlesen dan tak berlesen, mereka akan cari peminjam yang sanggup nak meminjam. Biasanya mereka mencari mereka yang bekerja GLC atau kerajaan.
Pernah rakan yang jual loan di Ae** memberitahu, nak raya ramai wanita buat pinjaman dengan dengan kadar faedah tinggi, sampai 18 percent..
Bila ditanya, nak buat beli apa tahu?
Handbag baru..
4. Buat budget.
Ukur baju dibadan orang lain, jangan amalkan sama sekali. Tengok kawan FB shopping sakan, published kat Fb dengan caption "Hasil Tangkapan Hari ini", jangan terpengaruh sama sekali.
Jiwa mereka tu sakit, dan kurang dapat perhatian sebelum ni.
Acah acah kaya je tu, kalau dah kaya, mereka beli diam diam je.
Jangan pulak kita terkena virus dan jangkitan yang sama..
Kita buat budget kita sendiri, listkan semua perbelanjaan yang kita perlu, dan kira berapa pendapatan yang boleh dibelanjakan termasuk pendapatan bonus dari majikan.
5. Bandingkan budget yang lepas.
Kita ni cepat sangat lupa, tengok raya tahun lepas apa yang berlaku,
Ada yang terpaksa korek tabung anak, ada yang terpaksa pakai dulu duit raya anak, dengan janji janji nak ganti..
Ada yang makan biscuit raya time lunch sampai naik loya kerana nak berjimat, ada yang bergaduh suami isteri kerana masalah kewangan.
Salahkan satu sama lain.
6. Jangan terlalu ghairah dengan butik yang 5 bintang.
Saya akui, yang mahal tu banyak yang berkualiti, tapi tak semua.
Ada yang menjadikan mahal disebabkan currency.
Dan baju baju anak, jangan lah ghairah sangat nak beli berjenama,
Sepasang kasut berjenama untuk budak umur 3-6 tahun, belum masuk sekolah dah cecah 150 -200 tinggit.
Kanak kanak ni cepat membesar, nak sedapkan hati, tak pe lah, tak padan bagi kat adik pulak.
Tapi ada jugak, saya jumpa lelong kasut anak
Kat fb selepas raya.
Kalau sayang anak, bagi lah education terbaik.
Yang penting, kena berfikir dulu, sebelum berhutang.
Tips ini untuk mereka yang belum kaya, kalau dah kaya, sila abaikan..
Minta tolong sebarkan, kalau share lebih 100, in sha Allah saya tulis lagi..
Untuk nak kaya sebelum 40 tahun.
Bebaskan diri dari hutang jahat yang menjerat.

No comments:

Post a Comment