Friday, July 1, 2016

Kena kaya sebelum 40 tahun?

Kena kaya sebelum 40 tahun?
Tadi, clients yang bekerja diluar negara, minta nasihat kewangan bagi persediaan untuk mereka suami isteri yang nak masuk 40 tahun.
Kata orang, umur 40 tahun ni, bermula episod baru,, "life begin at 40...."
Masa ni ramai yang tambah bini 
Btw, masuk 40 tahun kita sepatutnya tenang dari bebanan hutang, life style sepatutnya semakin seronok, kewangan dah stabil,..
Untuk
Mereka yang berada dalam kelompok tu, tahniah ,,,
Jika belum, jangan risau, ada masa lagi untuk kita nak catchup..
1. Pendapatan dan Gaya Hidup.
Umur 40 tahun ni. kalau belum kaya lagi tak pe, janji masa ni, tak ada negative cash flow. Kata orang, kalau zaman remaja makan magee kerana terpaksa, tapi kali ini magee ni sebagai satu menu pilihan, bukan kerana nak berjimat, tapi memang menu kegemaran.
Untuk mereka yang saving tak cukup banyak lagi, cuba buat budget setiap awal bulan secara bertulis, mana duit duit ni pergi tinggalkan kita....dan tulis sekali, simpanan yang kita buat...
2. Check kredit facilitiies. Tengok hutang hutang rumah, hutang kereta, personal loan, hutang belajar. Untuk mereka yang 40 ni, tak ada hutang PTPTN macam budak budak sekarang sampai kena CCRIS.
Yang penting, segala loan tu kena cantik, selalu bayar ontime, takde lah bank nak call remind bayar credit card, sampai phobia kita nak angkat.
Kalau boleh, dah masuk 40 ni, cuba kurangkan hutang, dan fokus untuk bayar cepat cepat....
Ianya akan memberi kita lebih kredit facilitity, dengan Debt Service Ratio yang baik..
Bukan apa, bila kredit kita cantik, kalau kita terpaksa meminjam lagi contohnya untuk nak buka business, at least ada peluang yang cerah.
Yelah, umur sebegini, teringin jugak nak berbusiness kan...
3. Orang putih cakap, "keep up with the Joneses, nobody win"
Budaya yang berlumba kereta sapa paling besar, bag tangan sapa paling mahal, tudung sapa paling exclusive, semuanya nak berlumba dengan kawan kawan satu opis atau dengan jiran jiran..
Untuk orang bandar lah, untuk orang dulu, gelang sapa paling benyak sampai ke siku,,,Tapi sekurang kurangnya emas ni ada nilai untuk digadai dan dijual...
Kena buang sifat tu, untuk kepuasan or reward diri sendiri tu, lain..
Lumrah manusia, bila kita dah dapat apa yang kita nak, kita takan puas, nak yang lebih lagi, dan lagi...
Tak perlu nak amalkan sangatlah, kecuali untuk mereka yang perlukan material untuk tujuan business bagi motivate atau nak convince orang lain...
Tapi beli barang mahal mahal untuk nak impress orang yang kita tak suka , tak perlu lah tu....
4. Belajar untuk menilai sesuatu yang tak pasti.
Antara kerja gila yang selalu oramg buat ialah membuat routine yang sama, tapi mengharap result yang berbeza.Jika kita ni tak ada perancangan, kita akan membuat kerja yang sama, dan tak ada apa yang boleh bagi kita kelebihan. Umur 40 ni, kena improve banyak benda, tambahkan skill....
Trust me, tinggi mana pon career kita, besar mana pangkat kita, sekukuh mana pon co kita bekerja, jangan nak sombong terlebih, ianya takan last forever, banyak company yang besar besar buang pekerja dan VSS tahun ni dan sebelum ni,,
Kena ada back up plan lah, saving kena ada untuk survivor..
Biasa, mereka yang berumur 40an ni, gaji besar, kemungkinan nak kena tu buang tu agak tinggi..
5. Jangan expect nak bekerja sampai tua.
Yang penting, kena ada perancangan untuk bersara, simpan duit dari usia muda. Lagi awal kita menyimpan, lagi elok.
Kita biasa dengar orang cakap kan.."I love my job and plan to work forever.."
Masalahnya, apa akan berlaku jika badan kita dah tak mampu bekerja, sakit diusia 40 tahun...
Menyimpanlah, ianya tidak pernah ada istilah terlalu cepat atau dah terlambat untuk nak mulakan..
6. Ambik polisi perlindungan Takaful, cari coverage yang boleh mengurangkan beban kewangan seperti jika ada kebakaran rumah ke, income replacement ke, atau medical card yang boleh membantu kita ketika ada musibah.
7. Jaga rumahtangga, jodoh maut ditangan Tuhan, tapi kena berusaha untuk mengekalkan jodoh kita dengan pasangan. Bila berlaku kes penceraian, pernah kajian di US, mengatakan kita bakal kehilangan 60% dari saving kita..
Punca yang utama ialah, kes mahkamah yang mahal untuk perebutan anak, kes stress hingga hilang kerjaya, masalah untuk nak mencairkan aset dan pelbagai lagi..

No comments:

Post a Comment