Friday, July 1, 2016

Bila kecemasan, mana nak cekau duit?

Bila kecemasan, mana nak cekau duit?
Minggu ni saya ada jumpa 2 kes tak ada duit time emergency, satu kat workshop, time nak raya ni, kos baiki kereta 5 angka.
Member tu nak bawa family balik kampung, raya kan dah dekat.
Saya pon kena jugak, nanti saya tunjuk bill saya bahagian komen..
Iyelah, kereta masuk lebih 4 tahun, penuh sistem elektronik tak akan kena seribu dua...
Kes kedua, bekas student saya mengadu nak jual rumah, katanya rumah yang disewakannya ada masalah.
Mula mula masalah wiring, kemudian masalah paip dalam simen, last week, jiran bawah mengadu air dari toilet, tembus ke bawah....
Dua dua kes tak dok duit kecemasan, nak cover....
Kalau suruh penyewa keluar lagi teruk, sewa bulanan dia sendiri pon tak mampu nak bayar..
So, saya cadangkanlah, suruh guna duit kecemasan mereka yang ada...
Jawapan sama je dua dua ...tak tahu pon ada istilah Tabung Kecemasan, yang tahu terpaksa meminjam atau kredit.
Owner kereta tu, guna kad kredit, yang tauke rumah tu, pinjam dengan adik beradik...
Saya diam je lah, kan bagi tazkirah dana kecemasan kat workshop, orang tengah tension, nanti tak pasal pasal ada spanar hingap atas kepala saya..
Macamana nak start dan nak menguruskan dengan dana kecemasan ni?
1. Mulakan jumlah kecil dulu.
Yang penting belajar untuk membiasakan diri... Mula mula start seringgit dulu, seminggu dah ada 7 ringgit.
Masuk minggu kedua..., start 2 ringgit pulak sehari, dapat 14 ringgit seminggu...
Minggu ketiga , jadikan 3 ringgit sehari pulak ,
Minggu keempat, 4 ringgit pulak sehari....
Formulanya tambah lagi 1ringgit sehari untuk setiap minggu,,,
Hingga dah capai 10 ringgit sehari...
Jadikan RM10 tu maksima, kemudian hadkan hanya simpan RM10 saja sehari..,
Setahun berapa kita dapat?
Nilai yang kita dapat ialah RM 3325.
Yang penting Istiqamah......Mulakan kecil dulu, dan pasti ianya akan membuahkan hasil...
Nampak tak?
2. Pastikan Dana Kecemasan ni pasangan kita tahu.
Takut nanti jadi apa apa kita, tiba tiba pengsan ke , tak sedar diri ke, keluarga sendiri tak tahu nak cari...
Kalau orang zaman dulu, simpan bawah tilam je, senang nak trace...
Yang penting, kena ajar family member, basic kewangan sikit sikit, ajar dan brief mereka bila dan untuk apa nak gunakan dana kecemasan tu...
3.Simpanan dalam bentuk wang tunai
Bila kita cerita bab kecemasan ni, ianya mesti dalam tunai, aset, payah dan lambat nak cair...
Kalau saya, saya takan dedahkan duit tunai kecemasan ini dalam bentuk kadar fluctuation yang tinggi, atau high riisk.
Jangan simpan dalam bentuk saham dimana kadar value tunai berubah secara drastic dari masa ke semasa.
4. Jangan bergantung kepada hutang.
Tapi biasanya orang kita, bila sebut emergancy, terus terfikirkan kredit card....Kan..?
Bila kita berhutang, macam rakan kat atas tadi, kemungkinan besar kita akan berdepan dengan aliran tunai yang negative untuk jangkamasa yang lama...
Nasihat pribadi saya, simpan 10k - 20k jangan usik. Kalau dah pakai tu, cepat cepat top up balik.
4. KWSP acc 2.
Account satu tak boleh usik, kecuali untuk pelaburan unit amanah, contohnya.
Account 2 ni banyak boleh gunakan, tapi jangan sesekali ambil untuk yang tak berfaedah.
Gunakan account 2 ni, untuk perkara betul betul l diperlukan, contohnya untuk membuat rawatan kesihatan.
Penyakit stroke contohnya, menyebabkan kita berdepan dengan rawatan jangkamasa yang lama..
Begitu juga rawatan sakit jantung, memerlukan kos yang tinggi.
Kalau mampu masa sihat, ambil perlindungan Takaful.
Tapi ingat, kecemasan ni bukan hanya untuk kesihatan saja...
5. ROI
Berapa banyak nak simpan, untuk kecemasan?
Tiga bulan gaji kita pon dah ok..
Pulangan dari simpanan?
Untuk Dana Kecemasan ni, bagi saya, pulangan dia minimum atau kosong pon ok.
Tak terfikir untuk nak dapat ROI
Jika kita anggap dana kecemasan tu, macam stock kat market, kita salah.
Itu seolah olah kita memperjudikan nasib kita, berkemungkinan naik atau berkemungkinan turun time kita perlu.
Btw, Duit kecemasan ni, diibaratkan satu tilam yang empuk, yang bagi keselesaan dan membolehkan kita lena tidur malam.

No comments:

Post a Comment