Friday, November 8, 2013

SAYA CUBA BERIMIGINASI, TAPI TIDAK MAMPU..

Petang tadi saya didatangi oleh seseorang yang ingin tahu tentang kerjaya Perunding Saham Amanah..
Berumur dalam lingkungan 26 - 28 tahun...
Katanya beliau bekas jurutera, dan pernah bekerja dengan syarikat pembinaan yang besar..

Cara beliau bercakap, agak lemah, nampak macam orang yang sakit..
Bila saya tanya, katanya beliau mengidap penyakit berkaitan dengan jantung..
Terpaksa beralih kerjaya kerana kesihatan beliau tidak mengizinkan untuk bekerja lasak..

Dan saya agak terkejut apabila beliau beritahu pernah terlantar selama 6 bulan dihospital..
Dan 6 bulan dirumah dalam keadaan tidak sedarkan diri..
Dan selepas selepas sedar..beliau "paralysed" tidak mampu berjalan...

Dan yang menjadi "double suprised" apabila beliau beritahu status beliau yang duda yang...
Kematian Isteri...
Ceritanya lagi...
Sebelum beliau koma..
Beliau terlibat dalam kemalangan kereta ...
Isteri beliau meninggal bersama anak sulung .
Bukan itu sahaja...
Termasuk anak dalam kandungan isteri juga meninggal..

Saya terdiam ketika...
Saya cuba  berimiginasi untuk berada "dalam kasut beliau.."
Dalam Hati saya berkata..
Ya Allah, betapa kuatnya beliau dengan ujian dan dugaan..

Saya terbayangkan dihospital ketika menziarahi aruah Ibu mertua saya di unit rawatan rapi...
Betapa sedihnya ibu bapa menunggu anak mereka sedar ..
Ada seorang ibu yang hanya seorang diri menunggu  siang malam dengan tenang...
Berbuka puasa seorang diri..(puasa sunat)
Dan ada yang berkampung 24 jam sehari menunggu dikaki lima...
Memang cukup menginsafkan.....

Dan lagi satu..
Saya cuba berigiminasi...
Kehilangan orang orang tersayang...
Orang orang yang selalu bersama kita...
Maaf, saya tak mampu...
Memang terlalu berat untuk BAYANGKAN tentang KEHILANGAN..

Kisah saya..8 Nov 2013.


No comments:

Post a Comment