Tuesday, November 5, 2013

KISAH SAYA YANG TAK PANDAI NAK RECRUIT..


SHARING  KISAH DULU DULU - 
SAYA TAK PANDAI NAK BUAT RECRUITMENT..

Antara buat sales dan recruitment, jauh saya lagi suka buat sales..
Hingga hari ni, saya tidak begitu gemar recruit...
Itu sebab saya tidak pernah mengejar Awards, Trophy atau Piala...
Kerana Majoriti awards dipertandingkan berdasarkan Group Sales..
Bukan Total Sales..

Kalau buat sales, kena ada kesabaran, dalam recruitment lagi kena ada kesabaran yang cukup cukup tinggi...
Kebanyakan pasukan saya datang dari internet...
Majoriti dari Forum CARI dan CARI GOLD

Dan bagaimana untuk membuat recruitment secara online...
Biasanya saya menunjuk payslip saya...
Dulu saya tampal kat website Univest Group..
Income untuk sebulan pada bulan Januari 2008, seperti gambar dibawah..

Orang akan suka, jika kita tunjukkan sesuatu atas usaha kita...
Dan orang akan menyampah...
Jika kita tunjukkan duit bersusun berkepuk kepuk milik orang lain..
Atau tunjukkan barang barang bukan kepunyaan kita sendiri...

Bagi saya ianya cukup berkesan...
Kerana ramai yang ingin menceburkan dalam bidang perniagaan untuk mendapatkan wang..
Kalau kita hanya menunjuk awards yang kita dapat..
Ianya tidak begitu memenuhi kehendak golongan sasaran...
Kerana mendapat awards, tidak bermakna  pendapatan kita banyak...

Dengan kos hidup yang tinggi,,
Inflasi menaik mendadak..
Ramai yang mula mencari duit tambahan..
Dan ada yang sanggup melakukan lebih 3 kerja sehari...

Saya memilih Saham Amanah, kerana saya ingin bekerja dengan smart,,,
Tidak memerlukan kerja dihari minggu..
Dan tidak memerlukan kerja sampai ke malam..
Dan Alhamdulilah, percaturan saya pada 2003, iaitu  sepuluh tahun lepas..
Memang tepat.







No comments:

Post a Comment