Thursday, October 27, 2016

Terfikir Bunuh Diri Kerana Tekanan Dengan Skim Cepat Kaya.


Dah malam, saya  masih lagi di opis..
Hanya diopis belakang rumah je ni...

Saya terima tetamu kawan FB tadi , sepatutnya didalam gambar ni, dihadapan saya ialah beliau..
Tapi, saya tak boleh nak publish gambar beliau, dengan kisah ini yang agak tragis.
Asalnya, pemuda ini datang dari Melaka untuk berjumpa  saya bagi mendapat panduan  menjadi Juruperunding saham amanah separuh masa...
Tapi, apabila beliau start bercerita liku liku kehidupan beliau yang berumur 28 tahun ni, tercengang saya.
Beliau terperangkap dengan hutang gara gara skim cepat kaya..
Satu tahap beliau macam nak bunuh diri, tak tertanggung dengan bebanan diatas jalan salah yang beliau pilih sebelumnya.

Sekarang ni, beliau dalam rawatan Hypertension, diperingkat yang agak merbahaya...
1. Kisah bermula, apabila beliau membuat pinjaman untuk menyertai skim pyramid yang popular, swisscash. Jumlah keleluruhan yang dipinjam peringkat pertama sebanyak RM150,0000. Beliau mengaku masa tu terlalu muda dan tamak, ingin cepat kaya dan ingin cari jalan mudah.
2. Selepas beliau join, satu sen pon beliau tidak dapat pulangan, walopon sebelum ni, kawan kawan beliau masuk terdahulu, dapat imbuhan setiap bulan...
3. Bermulalah episod beliau terpaksa membayar hutang.
Hutang yang ditolak dalam 50% dari gaji bulanan , katanya sambil menghulurkan slip gaji beliau kepada saya.
4. Masa tu beliau dah ada seorang anak, memang terhimpit dengan perbelanjaan bulanan, isteri beliau sendiri pon tak bekerja.
5. Dalam keadaan yang stress, beliau ditawarkan untuk menyertai skim menternak ikan, yang juga menjurus skim pyramid. Berpegang dengan prinsip untuk terus mencuba, beliau cuba buat pinjaman dengan emak ayah beliau sendiri sebanyak 30k. Bulan pertama dan kedua beliau dapat pulangan, bulan ke 3, penganjur dah pon hilang...
6. Bertambah lagi tekanan beliau, isteri sendiri tak sanggup dengan dugaan, berkali kali ingin pulang ke kampung dan ingin berpisah. Malangnya, isteri beliau sendiri tidak ada tempat hendak dituju, memandangkan beliau (isteri) anak yatim.
Akhirnya isteri beliau membantu dengan bekerja dikedai makan...
7. Dan beliau merasakan cukup terbeban, duit emak ayah yang dipinjam merupakan duit hasil simpanan ibu beliau yang kerja mengambil upah membersih rumah orang, memasak dan ayah beliau sendiri bekerja sebagai buruh. Adik beradik seramai 6 orang, dan beliau merupakan anak sulung..
8. Masa ni penyakit hypertension beliau menyerang, tapi masa tu tidaklah begitu teruk, hanya menerima rawatan diklinik...
9. Memang gaji beliau sendiri tidak cukup, terpaksa meminta duit isteri yang bekerja dikedai makan, dah menjadi perkara biasa...
Memang malu, kadang kadang kena minta dengan emak, katanya..
Berbekalkan 10 ringgit, beliau bawa untuk pergi bekerja.
Hampir setiap hari, ditempat bekerja, beliau berpuasa untuk mengelak kawan ajak makan kat luar...
10. Selang setahun, beliau melihat skim emas di facebook yang menawarkan pulangan yang lumayan.

Dan melihat pengasasnya yang berimej islamik, pendekatan yang kononnya untuk menolong anak bangsa yang diberi nama Khazanah XXXXX, beliau cukup yakin pilihan kali ini adalah tepat.
Jangan salah faham ye, beliau bukan nak kaya lagi dah, tapi berharap untuk ingin cover balik semua hutang hutang terdahulu...
Since beliau ni pegawai kerajaan, untuk mendapat pinjaman, agak mudah...
Kali ni, beliau mencuba lagi untuk membuat pinjaman.
Akhirnya beliau berjaya buat pinjaman dengan pinjaman berlesen, macam ceti atau along?
11. Kali ke 3 nasib juga malang, skim emas ETA ni entah mana silapnya, lansung beliau tak dapat apa apa
Akibatnya, beliau  terpaksa menambah lagi membayar pinjaman setiap bulan.
Dan paling dahsyat, setelah tolak pinjaman, baki gaji kali ni adalah negative.
Interest dikenakan cukup tinggi..
Balik kerja terpaksa beliau bekerja part time di kedai makanan segera.
12. Kehidupan beliau dah tak teratur, penyakit semakin teruk, kadang kadang berhari hari beliau tak boleh tidur, sakit kepala yang berpanjangan, selalu malam malam merasa sakit teramat sangat hingga kepala terpaksa direndam. Dah berkali kali perasaan ingin membunuh diri datang, beliau merasakan hidup beliau cukup malang.
Dan terlalu menyusahkan orang lain, dah ada anak 2, masih menumpang dirumah ibu bapa, dengan 6 adik beradik...
Beliau merasakan juga tidak adil kepada isteri beliau sendiri, kelangkapan anak, isteri  yang yang bekerja dikedai makan yang sediakan..
Saya meminta izin untuk share cerita beliau ini dengan harapan menjadi teladan kepada orang lain yang cukup beria untuk menyertai skim mudah yang mengarut...
Dan beliau mengaku, belaiu tidak cerdik masa dulu, walaupaun result spm beliau cukup bagus (siap bawa documents dan sijil sijil).
Habis belajar, beliau terus bekerja untuk cuba membantu adik adik lain, tapi akhirnya beliau terperangkap sebegini...
Dan beliau dah cukup tertekan, sampai ingin membunuh diri, dan tolong jangan kecam beliau disini...
Komen komen menghina saya akan BLOCK.
Jangan tambah stress kepada beliau lagi...
Ingat,,,,,,,,,,,
Semua orang ada membuat kesilapan..
Tolong share, untuk mengelak berlaku lagi  kes skim cepat kaya ni.
Jangan ada lagi rakan rakan kita yang jadi mangsa...
Dari FB Shaari Anuar 

No comments:

Post a Comment