Thursday, October 27, 2016

Kisah terlebih sayang anak bongsu,,,,



Sepanjang berada dikampung, terjumpa kisah sedih si tanggang versi wanita...
Wanita  ni merupakan anak bongsu, anak kesayangan ayah dan emak dia...
Rumah yang didiami, mereka tak nak faraidkan jadi harta pusaka jika mereka meninggal..
Nak ambik jalan mudah, mereka pergi tukar nama atas nama anak bongsu tersebut ketika mereka masih hidup lagi....

Menurut info, bukan setakat rumah, tanah juga banyak dihadiahkan kepada anak bongsu ni...
Bila pindah milik semua berlaku, tanduk sibongsu dah keluar...
Dia tak puas lagi, dan  mendesak untuk nakkan  barang kemas lagi.....
Bila orang tua tak nak bagi, dia start  naik marah....

Satu hari,  ibu bapa ni balik dari kebun, mereka nampak selonggok kain baju didepan pintu,,,
Siap ada almari  dikeluarkan...
Rupanya, orang tua tu dah kena halau dari rumah sendiri,,,,
Oleh si anak kesayangan sendiri...

Nak tak nak, terpaksa mereka pergi ke rumah anak sulong berhampiran...
Memang sedihlah, bila rumah sendiri dirampas..
Bayangkan orang tua, rumah yang mereka bina dari titik peluh diusia muda...
Kalau boleh, mereka nak meninggal dirumah sendiri,..

Tapi  ibu bapa ni baru tersedar, mereka sendiri juga salah...
Kerana terlalu pilih kasih antara antara anak anak...
Kerana sayangkan anak bongsu, ditatang berlebihan...
Ingatkan, anak bongsu tu lah yang boleh diharap...
Bila tak dapat apa yang dihajat, sanggup membuang ibu bapa...

Dan lagi satu, jangan cepat sangat hibahkan harta kita pada pewaris...
Kita tak tahu, apa akan berlaku pada kita, jika umur kita panjang...
Silap silap terpaksa keluar dari rumah sendiri...

Shaari Anuar II
Invest di Public Mutual, boleh buat wasiat secara percuma (untuk Mutual Gold member.)

No comments:

Post a Comment